Wednesday 3 August 2011

Insan Biasa

Assalammualaikum,


Gunakanlah nikmat melihat yang diberi Allah untuk melihat keindahan ciptaan-Nya 




Salam perkenalan buat hamba-hamba Allah sekalian. Saya namakan blog ini 'Jannatul Darul Maqamah' sempena nama syurga Allah. Blog ini diibaratkan sebagai syurga penulisan direka khas, untuk saya kongsi apa yang terlintas di fikiran, apa yang terdetik di hati, dan apa yang terpancar di mata. InsyaAllah :)






Selagi nikmat yang diberi Allah masih berfungsi, selagi Allah izinkan, saya akan cuba terapkan pelbagai motivasi untuk diri saya sendiri, dan untuk dikongsi kepada semua berkenaan kehidupan yang penuh cabaran, ujian dan rintangan di dunia yang fana ini agar kita semua sentiasa redha dengan apa yang terjadi supaya tidak ada antara kita terpesong dari landasan menuju ke sebuah destinasi kehidupan yang kekal bernama akhirat. 








indahnya ciptaan Allah.. subhanaAllah..






Seandainya kita terasa resah, hati tidak tenang, rasa putus asa, ingatlah satu, bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku hamba-Nya. Janganlah kita lupa pada Allah jika kita senang, dan hanya ingat pada Allah ketika susah. Sesungguhnya, susah dan senang itu merupakan suatu ujian yang berat untuk kita sebagai hamba Allah yang sentiasa kekurangan dan tidak lari dari melakukan dosa walau sebesar zarah. 








Allah sentiasa menunggu air mata hamba-Nya mengalir untuk-Nya. Allah sentiasa menunggu hamba-Nya tadah tangan merayu kepada-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berdoalah selagi nyawa masih ada. Janganlah kita pernah berhenti dari terus berdoa memohon keberkatan dari Allah.






Sebagai seorang hamba Allah yang kerdil, yang tidak punya kuasa apa-apa, janganlah kita takbur dengan nikmat yang diberi. Sesungguhnya nikmat yang diberi Allah tidak akan dapat dihitung. Ucaplah 'Alhamdulillah' setiap hari. Bukan ucap hanya bila diberi kesenangan dan kejayaan.








Jangan pernah menyalahkan Allah dengan apa yang terjadi dalam hidup kita, Allah itu maha sempurna, maha mengetahui dengan apa yang terjadi, sesungguhnya setiap yang buruk itu datang dari kesalahan kita sendiri, dan setiap yang baik datang dari Allah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah. Setiap penderitaan pasti terselit kegembiraan dan setiap kegembiraan pasti terselit penderitaan. SubhanaAllah. Agungnya setiap perancangan dan ciptaan-Mu ya Allah.














Berdoalah, beribadahlah, ikutlah suruhan Allah. Allah hanya mahu kita menyembah-Nya, dan jangan melakukan larangan-Nya iaitu dosa. Sesungguhnya, kemanisan dosa itu hanya sekuman jika dibandingkan dengan kesakitan, kepahitan dan penderitaan yang bakal diterima dari dosa itu. Astaghfirullahalazim..






Jadikan ibadah sebagai sahabat karib kita, dan jadikan dosa sebagai musuh ketat kita. InsyaAllah :)

No comments: