Thursday 4 August 2011

Cinta Allah vs Cinta Manusia

Assalammualaikum,


SubhanaAllah..



Alhamdulillah, hari ini Allah masih beri lagi udara untuk saya bernafas, berikan satu lagi hari untuk merasai hidup di dunia Allah yang serba lengkap ini. Rasa syukur yang teramat pada Allah kerana bagi peluang untuk saya tersenyum bersama kawan-kawan hari ini. Saya betul-betul menghargai setiap kegembiraan yang saya rasa. Setiap saat, setiap detik ketenangan di hati ni akan saya manfaatkan sebelum semua kegembiraan ini ditarik Allah dan ditukar dengan kesedihan. Allahuakbar.. sesungguhnya ciptaan Allah yang bernama 'perasaan' ini sungguh agung.



Apa yang dimaksudkan dengan "perasaan"?



Kadang-kadang, kita sebagai makhluk Allah ini, jadi keliru dengan perasaan sendiri. susah nak didefinisikan sebagai satu maksud. Sesungguhnya, cuma Allah yang tahu apa yang diciptakan-Nya. Perasaan sedih, gembira, sayang, cinta, kasih, benci, suka, diberikan Allah kepada manusia dan setiap apa yang diberi Allah pada kita, adalah ujian. Jika kita rasa sedih, Allah ingin uji ingatkah kita pada-Nya. Jika kita gembira, masihkah kita mencari Allah? Itulah namanya ujian Allah.



tabahlah mengharungi ujian Allah


Cinta, apa tu cinta. Cinta merupakan satu perasaan yang sangat manis, tapi pahit apabila sudah hilang manisnya. Semua orang pasti akan merasa macam mana rasa keindahan bila bercinta, perasaan kasih kepada pasangan kita. Sebagai seorang manusia, kita janganlah pernah lupa. Sesungguhnya perasaan sayang, cinta itu datangnya dari Allah. Jika kita rasa cinta kepada seseorang, maka bermulalah sebuah ujian yang berat dari Allah. Mintalah bantuan Allah. Agar kita tidak hanyut dalam lautan perasaan yang melalaikan kita dari terus jejak di bumi Allah.




Allah berikan kita ujian untuk meninggikan martabat kita di sisi-Nya untuk menebalkan peluang kita untuk jejak ke syurga Allah. Jadi jangan pernah kita marah pada Allah. Siapalah kita hendak marah kepada Allah yang mengetahui segala-galanya? Siapalah kita selain dari hanya seorang hamba yang kerdil jika dibandingkan dengan kebesaran Allah? Kita sangat beruntung jika diuji Allah kerana Allah masih sayang pada kita. Janganlah ada antara kita yang tergolong dalam golongan istidraj, iaitu golongan yang sudah dibutakan hatinya untuk melihat kebenaran Allah dan ditutup Allah matanya dengan kesenangan dan kejayaan palsu. Nauzubillahiminzalik..



bertaubatlah sebelum nyawa berada di halkum


Cintakan Allah, merupakan satu perasaan yang sangat indah. Cintailah Allah terlebih dahulu, cintailah diri sendiri, dan selepas itu cintailah orang yang kamu kasihi. Sebagai seorang manusia yang serba kekurangan, kita sering leka dan terlupa. Bila rasa kecewa ditinggalkan orang yang kita sayang, pasti ada rasa hancur hati, putus asa dan perasaan yang amat perit sehingga ada yang bunuh diri, buat tindakan bodoh hanya sebab kebahagiaannya ditarik. Tapi ingatlah. Cuma orang yang bertuah diberikan Allah perasaan seperti ini. Perasaan yang membantu untuk kita jadi lebih kuat, lebih berwaspada, menjadi lebih baik di masa akan datang.



Setiap apa yang dilakukan Allah, pasti ada hikmahnya. Allah hanya inginkan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Jika rasa kecewa, dekatkanlah diri kepada Allah. Allah sentiasa ada untuk mendengar rayuan, tangisan, harapan hamba-Nya kepada-Nya. Sesungguhnya, Allah sudah sediakan semua yang terbaik untuk kita apabila kita ingat pada-Nya.



Ingatlah 'jika kamu sayangkan seseorang, lepaskanlah dia pergi, jangan kamu halang dia, andai sudah tersurat oleh Allah die milik kamu, suatu masa nanti dia pasti akan balik pada kamu walau sehebat mana pengganti yang dia jumpa dan andai kamu sayang sesuatu benda, jangan kamu genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah di genggaman kau sendiri'.



berzikirlah kepada Allah selagi termampu


Syaitan, sentiasa ada di sisi setiap manusia untuk menggoda, menghasut manusia mengikut jejaknya menuju ke neraka. Sesiapa yang lemah imannya, pasti akan terjerumus ke lembah dosa, dosa yang membawa ke neraka. Sebagai hamba Allah, perkasakanlah iman kita, tingkatkan ibadah, dan sentiasa berdoa agar kebal dari musuh utama manusia, syaitan.



Apabila manusia sudah diberi kebahagiaan, Allah ditinggalkan. Tetapi, Allah itu maha pengasih, walau dilupakan Dia masih memberi peluang, masih setia menungguh hamba-Nya, dan sentiasa bersedia untuk menerima hamba-Nya yang ingin kembali pada-Nya. Malah, kasih sayang Allah pada hamba-Nya yang bertaubat, makin bertambah. Begitulah hebat cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya.



Hidup ini, harus sentiasa usaha. Usaha untuk berjaya di dunia dan akhirat. Soal jodoh pertemuan, juga harus diselitkan usaha. Jodoh ni, kita kena cari, usaha cari yang terbaik, dan bagitahu Allah. Jodoh tidak datang bergolek. Ianya umpama mencari rezeki. Kita wajib mencari rezeki yang halal, tetapi, rezeki tidak akan datang bergolek jika kita tidak usaha mencarinya. Sama seperti jodoh.



perkahwinan merupakan lembah yang membantu kita mengelakkan maksiat


Selepas menulis post ni. Saya sendiri tersedar. Akan betapa hebatnya cinta Allah pada kita, dan bagaimana cinta yang dicipta Allah untuk manusia yang hidup di dunia. Manusia diciptakan berpasangan. Lelaki memerlukan wanita sebagai isteri untuk membantunya mengatur langkah menuju ke akhirat. Wanita pula memerlukan lelaki sebagai suami untuk dijadikan kompas untuknya sentiasa berada di landasan yang betul ke akhirat. 



Semoga kita semua sentiasa dicintai, dikasihi dan diingati Allah :)

2 comments:

stellaizz said...

selamat beramal...salam rmahdan dr stella

Hamba Allah said...

terima kasih, salam ramadhan juga dari saya di sini :)